TERANG SEJATI-DUSUN JATI

Beranda » ARTIKEL -ARTIKEL » tembakau

tembakau

Tembakau ialah hasil pertanian yang diproses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Ia mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam kebudayaan orang asli Amerika dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Amerika Syarikat sejauh zaman penjajah. Tembakau boleh didapati secara komersil dalam bentuk-bentuk kering mahupun awet dan sering dihisap (sila lihat merokok) dalam bentuk cerut, dan rokok, atau dengan menggunakan paip, paip air atau hookah. Tembakau juga boleh dikunyah, “dicelup” (diletakkan antara pipi dengan gusi), atau dihidu ke dalam hidung sebagai bahan sedutan dalam bentuk serbuk halus.

Kesemua cara menggunakan tembakau menyebabkan penyerapan nikotin dalam jumlah yang berbeza-beza ke dalam aliran darah pengguna dan melalui perjalanan masa, mengakibatkan perkembangan tolerans dan kebergantungan. Jumlah penyerapan, kekerapan, dan kecepatannya kelihatan mempunyai hubungan yang langsung dengan betapa kuatnya kebergantungan dan tolerans, jika ada. Dos maut nikotin adalah serendah setengah batang cerut atau tiga batang rokok; bagaimanapun, hanya sebahagian kecil nikotin yang terdapat dalam produk-produk ini dibebaskan ke dalam asap, dengan kebanyakan kes klinikal peracunan nikotin diakibatkan oleh bentuk pekat sebatian ini yang digunakan dalam racun serangga. Walaupun demikian, kematian boleh berlaku jika seseorang kanak-kanak makan jumlah yang serendah sebatang rokok (tidak termasuk penapis). Alkaloid-alkaloid aktif yang lain dalam tembakau termasuk alkaloid harmala.

Penggunaan tembakau jangka panjang mengakibatkan risiko yang ketara terhadap berbagai-bagai jenis kanser serta juga angin ahmar dan penyakit-penyakit kardiovaskular serta respirasi. [1] Jangka hayat yang jelas lebih pendek dikaitkan dengan merokok. [2] Tembakau telah ditunjukkan sebagai boleh mengakibatkan perubahan otak yang kekal seperti dengan morfina atau kokaina. [3] Banyak bidang kuasa telah mengharamkan merokok dalam usaha untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan kesihatan awam yang diakibatkan oleh merokok. Risiko menghidap kanser yang dinaikkan dengan ketara, akibat penggunaan tembakau, kelihatan disebabkan oleh terlalu banyak sebatian nitrosamina dan karsinogen yang lain yang didapati dalam tembakau dan sisanya. Sebatian-sebatian racun tersebut dihasilkan oleh pemanasan anaerob, baik oleh merokok mahupun oleh pengawetan melalui serombong atau api. Penggunaan tembakau awet tanpa asap yang dihasilkan, baik melalui serombong mahupun melalui api, sebagai ganti untuk tembakau berasap mengurangkan risiko kanser respirasi tetapi masih mengakibatkan risiko kanser mulut. [4]

Sebagai perbandingan, penggunaan tembakau kunyah yang diawet melalui wap (snus) boleh mengelakkan kekarsinogenan kerana nitrasamina tidak dihasilkan, tetapi kesan-kesan negatif pada sistem kardiovaskular dan pankreas tidak dikurangkan. [5] Sekitar 440,000 orang di Amerika Syarikat mati setiap tahun kerana merokok, dengan 3,000 orang kerana ‘merokok’ secara pasif (asap terpakai) dan 1,000 orang bayi belum lahir maut, akibat ibu-ibu yang merokok, selain daripada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 23,884 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Bergabunglah dengan 1.091 pengikut lainnya

Flickr Photos

Morning Silence

Puffy

Emerald Damselfly ♀

Lebih Banyak Foto
%d blogger menyukai ini: